Mujahid, Shahidan perang mulut isu penjualan aset TH

Iklan
Mujahid Yusof, Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara wakil pembangkang dan kerajaan dalam isu penjualan aset Tabung Haji (TH).

Ia bermula apabila Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) bangkit mencelah sesi perbahasan Titah Diraja, Sabri Azit (Pas-Jerai) dengan meminta penjelasan mengenai penjualan aset tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya ingin minta penjelasan tentang isu yang melibatkan penjualan aset Tabung Haji.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa penjualan itu bukan sebab menjual tapi kerana hutang yang ditinggalkan sebelum ini PH yang mewarisinya.

Iklan

"Tahun 2015 TH plantation telah menjual tanah dan ladang estet Tabung Haji, pada waktu itu telah berlaku penjualan dan saya minta penjelasan,” katanya.

Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) bangkit mempersoal kenyataan Dr Mujahid.

Iklan

Sejurus itu, perang mulut antara kedua-dua ahli Parlimen itu semakin berlanjutan apabila Dr Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat tuduhan itu.

"Saya amat menunggu RCI,” kata Mujahid.

Keadaan yang gamat membabitkan kedua-dua pemimpin itu memaksa Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said campur tangan bagi meredakan keadaan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin tegang apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) turut bangkit mencelah sehingga memaksa Azalina bertegas dengan meminta ahli Parlimen yang ingin mencelah perbahasan agar menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat sebagai alasan.