KUALA LUMPUR - UMNO akur dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang sahabat, beliau simpati dengan sedih dengan keputusan mahkamah itu.
Iklan
Iklan
"Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap Datuk Seri Najib.
"Beliau (Najib) memberitahu saya 'this is not the end of the world', maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO dan tunggu keputusannya yang akan kami bincangkan.
"Tentunya yang akan kami lakukan adalah tindakan yang bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Najib merupakan bekas Perdana Menteri yang pertama didakwa di mahkamah di negara ini menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Artikel Berkaitan