Suasana 'panas' di luar Mahkamah Kuala Lumpur

Iklan
Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menahan sebak ketika berada di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Suasana di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur bertukar 'panas' dengan jeritan segelintir penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mengetahui keputusan kes bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

Penyokong Najib yang berada di pekarangan Mahkamah sejak jam 7 pagi hari ini mula menjerit di pintu pagar dengan laungan seperti"Bossku tak bersalah” serta mendesak UMNO keluar Perikatan Nasional, selepas mengetahui keputusan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Dalam tinjauan Sinar Harian mendapati seorang warga emas dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan terhadap Najib.

Wanita berkenaan menunggu di luar pekarangan mahkamah bersama ratusan penyokong lain turut berasa kecewa dengan keputusan itu.

Iklan

Bagaimanapun keadaan di luar pekarangan mahkamah kembali reda selepas polis menyuraikan penyokong Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyalah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

Iklan

‪Keputusan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.