Tawar seks dalam talian, dua wanita disebat di khalayak ramai

Iklan
Seorang wanita disebat secara terbuka oleh anggota polis Syariah di Banda Aceh pada 31 Oktober 2019 setelah ditangkap mempunyai hubungan sulit dengan anggota Majlis Ulama Aceh (MPU).

BANDA ACEH - Dua orang wanita disebat secara terbuka selepas didapati bersalah menawarkan perkhidmatan seks dalam talian di Aceh semalam.

Ketua Agensi Syariah Islam Langsa, Aji Asmanuddin berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada bulan Mac bersama lima lagi pekerja seks yang juga berdepan hukuman sebat jika didapati bersalah melanggar undang-undang Islam.

Iklan
Iklan

Hukuman itu dilaksanakan di Langsa, di mana masing-masing menerima hampir 100 sebatan.

Hukuman secara terbuka itu turut disaksikan puluhan orang awam walaupun telah dilarang bagi mengelak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Iklan

Katanya, kes tersebut merupakan kejadian pertama dikesan di Langsa tetapi pihaknya percaya terdapat banyak aktiviti perkhidmatan seks dalam talian yang masih berleluasa.

Aceh yang terletak di hujung barat Sumatera adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, yang menerapkan hukum Islam. - AFP

Iklan