KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai cuba menceroboh masuk Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, dengan memanjat pagar di pekarangan kompleks ditahan polis.
Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, tujuan lelaki berkenaan bertindak sedemikian masih belum dapat dipastikan dan lelaki itu mendakwa dia adalah seorang penulis buku.
Polis tahan lelaki dipercayai cuba menceroboh masuk Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, dengan memanjat pagar di pekarangan kompleks.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
Iklan
"Lelaki itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Lelaki yang memakai baju T warna merah jambu itu dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) dengan diiringi beberapa anggota polis.
Iklan