KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,301 projek infrastruktur dengan kos RM64.87 bilion telah dilaksanakan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) (2016-2020).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata, sebanyak 517 projek telah siap dan 784 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.