Pavithra, YouTuber kesayangan rakyat Malaysia

Iklan

MERAK Jalanan memerhatikan perjalanan kisah pasangan YouTuber, M Sugu dan isterinya S Pavithra sejak awal tahun ini lagi.

Merak Jalanan mengikuti kisah mereka sejak mereka baru mempunyai beberapa video atau lebih tepat sebelum mereka menerima percikan dunia glamor serta publisiti media.

Iklan
Iklan

Memang sejak awal, Pavithra paling banyak muncul di depan layar kaca sebagai tukang masak yang petah berbahasa Melayu, manakala suaminya pula sebagai jurukamera dan kadangkala membantu.

Terdapat beribu-ribu YouTuber masakan di media sosial, namun Merak Jalanan melihat kerendahan hati Pavithra sebagai wanita kampung yang sangat lemah-lembut mudah menambat hati rakyat Malaysia.Dalam beberapa bulan, Pavithra mengecap populariti mendadak, bahkan dikejar lensa media, pihak pengiklan dan pemberi anugerah.

Iklan

Bagikan satu ‘dejavu’, kisah wanita kampung itu mengingatkan Merak Jalanan kepada penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Bukanlah Merak Jalanan mahu membanding-bandingkan, tetapi siapa yang mungkin lupa Siti Nurhaliza pernah digelar penyanyi kampung dan dikritik kerana enggan bergambar berdua dengan lelaki.

Iklan

Tetapi bergelar anak seni mungkin Siti Nurhaliza lebih kuat mempersiapkan diri dengan asam garam dunia glamor.

Tetapi baik Siti atau Pavithra, mereka berkongsi persamaan iaitu anak kampung yang penuh kerendahan hati sehingga menjadi pujian rakyat Malaysia.

Buat Pavithra, teruskanlah berkarya kerana sesungguhnya tidak ada pantai yang tidak pernah dihempas ombak.