NEW YORK - Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat yang menerima pinjaman Persekutuan berjumlah hampir AS$4 juta (RM17 juta) telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta sport Lamborghini Huracan dan pembelian palsu lain.
Susulan daripada perbuatannya, David T Hines, 29, dari Miami semalam telah didakwa dengan tiga feloni termasuk melakukan penipuan bank, pernyataan palsu kepada institusi pinjaman dan transaksi tidak sah.