Daya tarikan Liga-M gamit pemain Lubnan: Rabih Ataya

Iklan
Aksi Ataya ketika menentang Kedah pada saingan Liga-M sebelum saingan liga ditangguhkan pada 16 Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Bintang import UiTM FC, Rabih Ataya mengakui faktor persekitaran serta saingan liga dikendalikan secara profesional menjadi daya penarik kepada kehadiran pemain import dari Lubnan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Ataya berkata, biarpun liga di Lubnan begitu kompetitif, namun secara keseluruhannya tidak diuruskan secara profesional seperti di negara ini.

Iklan
Iklan

Justeru menurut Ataya, dia gembira kerana berpeluang menyarung jersi The Lions selain membantu skuad berkenaan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

"Sebelum datang ke negara ini, saya tidak banyak mengetahui mengenai Liga-M. Tetapi sejak bermain dengan UiTM FC saya rasa berpuas hati dengan kualiti permainan di sini.

Iklan

"Sebagai contoh, dua perlawanan yang saya harungi iaitu ketika menentang JDT dan Kedah yang saya sifatkan sebagai pasukan yang baik walaupun UiTM FC tewas dalam kedua-dua perlawanan itu.

"Selain itu, saya melihat Liga-M diuruskan secara profesional berbanding dengan di Lubnan. Walaupun di Lubnan, liganya begitu kompetitif tetapi secara keseluruhannya tidaklah profesional seperti di sini,” katanya.

Iklan

Mohamad Ghaddar adalah antara nama besar dari Lubnan yang pernah mewarnai saingan Liga-M ketika mewakili Kelantan dan membantu skuad Gomo Kelate Gomo untuk melakar treble dengan memenangi trofi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012.

Setakat ini Ataya dilaporkan sudah menjaringkan satu gol selepas empat perlawanan bersama UiTM FC dalam saingan Liga Super ketika menewaskan PDRM 3-1.

Ataya sudah menjaringkan satu gol selepas empat perlawanan bersama UiTM FC di saingan Liga Super ketika berdepan PDRM yang menyaksikan kemenangan tunggal buat kelab dari institut pengajian awam tinggi (IPTA) itu menerusi keputusan 3-1.

Selain itu Ataya juga muncul sebagai antara pemain import yang menyerlah dalam saingan Liga Super setakat ini.

Sementara itu, Ataya mendedahkan semua pemain Lubnan yang pernah beraksi di negara ini memuji Liga-M selain faktor persekitarannya amat sesuai buat mana-mana pemain menetap di sini.

Katanya, lima pemain Lubnan yang pernah beraksi di negara ini seperti di sini berkongsi pengalaman mereka yang menjadikan saya tidak berfikir panjang untuk datang ke sini.

"Antaranya Jad Noureddine di Perak, Abou Bakr Al Mel (Kelantan) dan Hassan Ali Chaito (Terengganu) semuanya menyuruh saya datang ke sini sambil menceritakan semuanya cukup positif sini termasuk saingan liganya.

"Selain itu, status Malaysia sebagai negara Islam membantu memudahkan saya untuk membuat keputusan dan selepas tinggal di sini, saya begitu gembira daripada semua segi,” katanya.