Misteri lelaki berkelah di atas dahan pokok

Iklan
Seorang lelaki berkelah di celah-celah dahan sebatang pokok di Taman Diraja Victoria, Bath baru-baru ini. - Foto Dai Barrow

LONDON - Pada kebiasaannya orang ramai akan berkelah di tepi pantai atau kawasan yang mempunyai pemandangan yang indah dan cantik.

Bagaimanapun, seorang lelaki di England dilihat bersantai di tempat yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana manusia sebelum ini.

Iklan
Iklan

Ini kerana lelaki itu didapati berkelah di celah-celah dahan sebatang pokok di bandar Bath, Somerset pada 22 Julai lalu.

Menurut portal berita SomersetLive pada 25 Julai lalu, kejadian itu dikesan oleh seorang lelaki, Dai Barrow dan rakan-rakannya yang berasa di Taman Diraja Victoria, Bath.

Iklan

Namun, persoalan yang timbul ialah bagaimana lelaki itu boleh berada di celah-celah dahan sebatang pokok setinggi kira-kira antara 12 meter itu?

Dalam satu hantaran di Facebook Barrow mengemukakan persoalan:"Bagaimana dia (lelaki) itu boleh berada di sana (di celah-celah dahan pokok)?"

Iklan

Dia menambah:"Saya rasa dia juga mempunyai binokular. Baru berkelah di atas pokok."

"Tidak ada seorang pun daripada kami yang melihat dia memanjat pokok itu dan tidak menyaksikan lelaki itu turun.

"Ia kelihatan seperti dia keseorangan dan tidak ada seseorang pun yang menunggunya di bawah (pokok)," kata Barrow. - Agensi