Dijel hampir 18 tahun kerana cuba bunuh bekas isteri

Iklan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh bekas isterinya di Klagenfurt, selatan Austria. - Foto AFP

VIENNA - Sebuah mahkamah Austria semalam menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan lapan bulan terhadap seorang lelaki kerana cubaan membunuh bekas isterinya dengan bungkusan bom buatan sendiri pada tahun lalu.

Mangsa yang berusia 27 tahun dan ibu kepada tiga orang anak itu melecur serius dalam serangan yang berlaku pada Oktober tahun lepas.

Iklan
Iklan

Bungkusan itu meletup selepas ia diambil oleh mangsa di luar bangunan apartmennya di bandar Guttaring, negeri Carinthia, selatan Austria.

Sebuah mahkamah di Klagenfurt, Carinthia yang menjatuhkan hukuman itu mengarahkan supaya bekas suami yang berusia 29 tahun itu dimasukkan ke sebuah kemudahan kerana mentalnya tidak stabil.

Iklan

Rakan subahatnya yang membantu lelaki itu melakukan serangan menerima hukuman penjara 16 tahun.

Menurut perbicaraan mahkamah, rakan lelaki itu yang merupakan bekas anggota tentera meletakkan bungkusan tersebut di apartmen wanita berkenaan sebelum dia membunyikan loceng dan melarikan diri.

Iklan

Bekas suami wanita itu yang juga bekas anggota tentera pula bersembunyi di kawasan berhampiran sebelum bertindak meletupkan bungkusan tersebut melalui alat kawalan jauh. - AFP