CHESAPEAKE - Bayi berusia lapan bulan ditemui meninggal dunia setelah ditinggalkan sendirian di dalam sebuah kereta selama beberapa jam di Chesapeake, Virginia.
Polis di Chesapeake berkata, kejadian berlaku jam 12.35 tengah hari di jalan Adventure Way di Deep Creek.
Pihaknya menerima laporan kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam kenderaan, lapor Daily Mail.
Paramedik dipanggil ke tempat kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada bayi berkenaan.
Bayi berkenaan kemudian dibawa ke sebuah hospital daerah dan disahkan meninggal dunia.
Detektif Alison Robare dari Jabatan Polis Chesapeake memberitahu, buat masa ini keputusan bedah siasat belum diperoleh bagi menentukan punca kematian bayi itu.
Detektif itu juga enggan mengulas milik siapa kereta itu dan nama bayi tersebut kerana siasatan masih dijalankan.
Sehingga semalam, tiada tangkapan dilakukan dan tiada tuduhan yang berkaitan dengan kejadian itu.