FAM kemuka cadangan kepada FIFA

Iklan
Hamidin ketika bermesyuarat secara maya dengan Infantino dan semua presiden negara ahli gabungan FIFA.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menimbangkan membuka lebih banyak slot jawatankuasa tetap FIFA selain kemungkinan semua kejohanan belia peringkat umur FIFA dipertandingkan setiap tahun, bukan secara dwitahunan.

Jelas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin,"Memandangkan FIFA mempunyai 211 negara anggota, saya mencadangkan agar FIFA membuka pintu kepada lebih ramai wakil negara anggota untuk dilantik menganggotai sembilan jawatankuasa tetap FIFA.

Iklan
Iklan

"Presiden FIFA, Infantino Gianni menyambut baik cadangan ini dan mengatakan akan mengadakan dialog lebih terperinci berhubung perkara ini pada masa depan.

"Saya juga mencadangkan kejohanan belia di bawah naungan FIFA diadakan setiap tahun supaya setiap peringkat umur berpeluang beraksi dalam perlawanan kompetitif menerusi proses kelayakan dan pusingan akhir. Infantino membalas bahawa perkara ini sentiasa dalam perbincangan bersama Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan ia bergantung kepada situasi semasa ketika ini terutama selepas Oktober.”

Iklan

Pada mesyuarat secara maya bersama Infantino dan semua presiden negara anggota FIFA dari Zon Asean, Hamidin juga menyuarakan beberapa pandangan selain membincangkan impak pendemik Covid-19.

Tambah Hamidin, mesyuarat turut membincangkan situasi luar jangkaan berhubung wabak Covid-19 dan FIFA tetap menekankan kesihatan semua pihak kekal menjadi keutamaan nombor satu dalam mendepani isu berkenaan.

Iklan
Hamidin ketika bermesyuarat secara maya dengan Infantino dan semua presiden negara ahli gabungan FIFA.

"Infantino menggesa semua pihak perlu bekerjasama dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bola sepak yang ditetapkan negara masing-masing.

"Semua pihak perlu berhati-hati kerana setiap negara berdepan cabaran berbeza dalam mengekang Covid-19.

"Industri bola sepak seluruh dunia menerima impak Covid-19, maka penting buat kita dan setiap 211 negara dalam gabungan FIFA memastikan tiada rantaian baru membabitkan bola sepak," kata Hamidin.

Pada mesyuarat itu wakil setiap negara anggota Asean seramai 11 orang dan Australia memberi gambaran dan penjelasan terperinci perihal status Covid-19 di negara masing-masing.

Hamidin juga berkongsi perkembangan arena bola sepak tempatan kepada Infantino apabila memaklumkan bahawa Liga Malaysia (Liga-M) dijadualkan bermula 26 Ogos ini.

Hamidin juga dijadualkan menyertai Kongres FIFA ke-70 secara maya pada 18 September depan.