PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berhubung pembubaran DUN negeri itu.
"Speaker DUN Sabah perlu keluarkan notis (kepada SPR) terlebih dulu. Apabila notis sudah diterima, baru SPR akan keluarkan kenyataan," kata seorang pegawai SPR, ketika dihubungi Bernama, hari ini.