LUSAKA - Presiden Zambia, Edgar Lungu semalam memecat Menteri Pendidikan, David Mabumba selepas satu klip video yang menunjukkan dia berbogel menjadi viral di media sosial.
Bagaimanapun, satu kenyataan daripada pejabat presiden itu tidak memberitahu punca Mabumba dipecat.
Iklan
Iklan
Klip video itu sebelum ini tersebar di media sosial Twitter, Facebook dan dikongsi dalam aplikasi WhatsApp.
Pejabat Presiden hanya mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan"telah memecat Menteri Pendidikan dengan kadar yang segera."
Mabumba, 49, dilantik menganggotai Kabinet pada tahun 2016. - AFP