Covid-19: PLUS tutup sementara R&R, hentian jika keadaan sesak

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah tertentu sekiranya berlaku kesesakan berikutan aliran trafik dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha esok.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusoff Abdul Aziz berkata, keputusan itu diambil setelah berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko penularan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Kawasan rehat yang ditutup sementara akibat kesesakan akan dibuka secepat mungkin setelah pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan semuanya selamat untuk digunakan oleh pengguna yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengumuman mengenai kawasan rehat yang ditutup sementara akan dipaparkan di papan tanda elektronik yang disediakan di lebuh raya termasuk menerusi akaun Twitter rasmi dan aplikasi PLUS. - Bernama

Iklan
Iklan