Guna laluan alternatif, elak kesesakan sempena Aildiladha

Iklan
Pengguna jalan raya di Negeri Sembilan dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. - Foto hiasan 123RF

SEREMBAN - Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sempena perayaan Aidiladha di Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, laluan yang dijangka sesak melibatkan lapan daerah seperti Seremban, Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Rembau dan Nilai.

Iklan
Iklan

"Laluan yang dijangka sesak itu adalah Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Seremban–Tampin, Jalan Rasah, Jalan Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya PLUS Utara Selatan, Jalan Port Dickson-Seremban/Melaka, Jalan Pantai Port Dickson, lampu isyarat Pekan Gemencheh/Jalan Gemencheh Lama, Persimpangan Lampu Isyarat Kilometer (Km) 1 Pekan Tampin, Jalan Kuala Pilah–Seremban, Jalan Tampin-Kuala Pilah dan Jalan Bahau-Kuala Pilah.

"Selain itu Jalan Kuala Pilah–Simpang Pertang dari arah Simpang Pertang (Karak) menghala ke Kuala Pilah, Pekan Kuala Klawang, Tol Pedas–Linggi, Jalan Kota–Rembau, Lebuhraya PLUS Arah Utara Selatan, Lebuh Raya Arah Selatan Utara dan Jalan Batang Benar–Pajam dijangka turut sesak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata pengguna diminta menggunakan jalan alternatif seperti dari arah Kuala Pilah menggunakan Jalan Simpang Pertang–Kuala Klawang ke Seremban/Lebuhraya LEKAS, Jalan Kuala Pilah–Tampin-Rembau ke Seremban/Lebuhraya PLUS, Jalan Persiaran Senawang 1 terus ke Lebuhraya PLUS atau melalui Lingkaran Tengah ke Lebuhraya PLUS.

"Dari arah Jelebu melalui Jalan Jelebu ke LEKAS, dari arah Tampin/Rembau melalui Tol Pedas atau Tol Senawang, dari arah Labu melalui Tol Ainsdale/Tol Labu/Tol Nilai, Lebuhraya PLUS ke arah Selatan melalui Tol Ainsdale–Jalan Seremban–Tampin-Tol Simpang Ampat ke arah Selatan, manakala Lebuhraya PLUS ke Utara melalui Tol Simpang Ampat/Pedas ke Jalan Seremban–Tampin–Lebuhraya PLUS/LEKAS.

Iklan

"Pengguna dari Port Dickson menghala ke Kuala Lumpur/ Melaka dan Johor dicadang menggunakan Jalan Bypass Pasir Panjang seterusnya memasuki Pekan Pasir Panjang dan terus ke daerah Alor Gajah, Melaka manakala pengguna dari Port Dickson menghala ke Kuala Lumpur/Utara laluan alternatif Lukut–Sepang bagi mengelakkan kesesakan bandar Seremban dan kesesakan Lebuhraya PLUS Kawasan Seremban dan Nilai serta pengguna dari Seremban, menggunakan Lebuhraya SPDH ke Persimpangan lampu isyarat Betong, Jalan Pintasan atau ke bulatan Jururawat,” katanya.

Tambahnya, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Simpang Sg Dua–Air Kuning di Km 37 Jalan Tampin–Gemas (Sebelum MRSM Gemencheh), Jalan Keru–Batu Belang di Km 8 Jalan Tampin–Gemas, Jalan Seremban-Tampin-Bukit Miku ke Kuala Pilah/ Jempol/ Pantai Timur, Jalan Jelebu–Kuala Klawang –Spg Pertang ke Karak/ Kuala Pilah/ Pantai Timur, melalui Seri Menanti–Senaling–Tampin dan laluan ke Melaka/ Seremban boleh melalui Jalan Kuala Pilah ke Tampin.

"Selain itu, laluan dari arah Simpang Pertang (Karak) ambil Simpang kiri di Spg Serting Ulu/ Air Hitam sampai Jalan Kemayan Bahau–belok kanan ke Pekan Bahau ikut Jalan Juaseh terus ke Kuala Pilah, laluan ke Seremban/ Kuala Lumpur melalui Jalan Ulu Kanchung–Rantau.

”Dari arah utara melalui Tol Bukit Mahkota, dari arah Selatan melalui Tol Bandar Ainsdale atau melalui Tol Nilai, dari arah Batang Benar ke Seremban melalui Jalan Labu–Bandar Ainsdale atau Jalan Labu–Gadong–Sendayan,” katanya.

Beliau berkata pengguna jalan raya yang ingin ke pantai timur dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif dan menggunakan jalan Seremban-Kuala Pilah bagi mengelakkan kesesakan trafik di kawasan tersebut selain mematuhi arahan lalu lintas serta petugas trafik yang bertugas sepanjang sambutan Aidiladha ini. - Bernama