Makanan sudah luput, berkulat dijual murah

Iklan
Chee Leong menunjukkan pelbagai produk makanan yang dirampas kerana menyalahi Akta Makanan 1983 di sebuah pasar raya di Cheng di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Taktik mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan makanan sudah tamat tarikh luput sebagai promosi musim perayaan berjaya dibongkar Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi, anggota penguat kuasa turut merampas pelbagai produk makanan yang berkutu, berkulat dan terdapat lipas.

Iklan
Iklan

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, pengguna seharusnya tidak mudah terpedaya dengan promosi penurunan harga produk makanan terutama pada musim perayaan dan perlu menjadi pengguna yang bijak.

JKN turut merampas buah lemon yang berkulat namun masih dijual kepada orang ramai di pasar raya berkenaan.

"Melalui pemeriksaan yang saya jalankan bersama abatan kesihatan mendapati pihak pasar raya tidak memberi perhatian dan peka dengan tarikh luput produk yang disusun ataupun dipamerkan di rak makanan.

Iklan

"Jujur saya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sedangkan ia antara pasar raya terkenal di negeri ini dan jelas menunjukkan pihak berkenaan kurang menitikberatkan soal keselamatan dan aspek kebersihan pengguna,” katanya.

Chee Leong berkata demikian selepas Operasi Tahun Baru Cina di sebuah pasar raya di Cheng di sini, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, sebuah pastri yang menjual kek dan roti dalam sebuah pasar raya di Peringgit turut diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam selepas pemeriksaan mengejut jabatan itu menemukan lipas dan ulat pada produk makanan di situ.