Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 17 juta

Iklan
Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 17 juta.- Gambar hiasan 123RF

ISTANBUL - Kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melebihi 17 juta pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data Johns Hopkins University.

Jumlah korban pula mencecah 667,084, dengan kes pulih sebanyak 9.95 juta.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam dengan lebih 4.4 juta jangkitan, sementara jumlah kematian melebihi 150,700 orang.

Brazil, mempunyai kes jangkitan dan kematian terbanyak di Amerika Latin. Negara ini juga merekodkan kes jangkitan kedua tertinggi di dunia iaitu lebih 2.5 juta.

Iklan

India, Rusia, Afrika Selatan, Mexico antara negara paling teruk terjejas.

China, negara pertama menularnya wabak Covid-19, mencatatkan 87,213 kes setakat ini, termasuk 4,658 kematian dan 80,594 pesakit sembuh.

Iklan

Virus maut itu sudah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu.- Bernama