Pengusaha ikan kering Mohd Hares Ahmud, 28, mengalihkan ikan timah kering yang dijemurnya di Kampung Cina Kuala Kedah ketika ditemui hari ini.
Mohd Hares yang mengusahakan perusahaan ini sejak 10 tahun lepas mengusahakan semula perusahaan ikan kering ini selepas kembali mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna sebaik berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pada 10 Jun lalu. Mohd Hares ketika ditemui berkata, sebanyak 5,000 kilogram ikan jenis itu akan dibeli daripada nelayan setiap minggu untuk menghasilkan kira-kira 500 kilogram ikan kering yang dijual semula pada harga RM16 hingga RM22 sekilogram bagi memenuhi permintaan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu. - Foto Bernama