Gajah bikin panik pengguna jalan raya

Iklan
Gajah liar kelihatan di Jalan Mawai, Kota Tinggi dan turut menyerang gerai buah-buah di kawasan terbabit malam tadi.

KOTA TINGGI - Kehadiran dua ekor gajah liar di Jalan Mawai, Kota Tinggi di sini malam tadi menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa menghentikan kenderaan mereka.

Tindakan itu menyebabkan kesesakan selain menimbulkan rasa bimbang kepada pengguna jalan raya sehingga anggota polis dipanggil bagi membantu mengawal keadaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, gajah liar itu telah menyerang gerai buah-buahan di kawasan terbabit kira-kira jam 8 malam.

Katanya, pemilik gerai seorang wanita tempatan berusia 52 tahun sempat menyelamatkan diri, namun gerainya telah dirosakkan dan mengalami kerugian RM1,000.

Iklan

"Hasil siasatan di tempat kejadian, terdapat dua ekor gajah dipercayai merupakan ibu dan anak.

"Kawasan berkenaan merupakan laluan gajah liar yang mana sebelum ini telah mengorbankan satu nyawa akibat serangan gajah liar tersebut," katanya hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kes tersebut sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan ) Johor untuk tindakan lanjut.

Terdahulu tular beberapa video dan gambar dua ekor gajah liar di gerai buah dan berjalan di atas jalan raya di Jalan Mawai Kota Tinggi di media sosial sejak malam tadi.

Pada 27 Julai lalu, seorang pengawal keselamatan, Misran Tukijo, 56, maut selepas diserang sekumpulan gajah liar di Simpang Perani, Jalan Mawai, Kota Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan maut diserang gajah