LABUAN - Kelihatan para pengunjung tetap melakukan aktiviti riadah biarpun angin kencang dan laut bergelora ketika tinjauan di pantai Layang-layangan Labuan hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawang mengeluarkan amaran angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 Meter dijangka di kawasan perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan sehingga Selasa, 4 Ogos 2020.