PRN Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat

Iklan
Terrence menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.

KOTA KINABALU - Pilihan raya negeri (PRN) di Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Bendahari Parti Warisan Sabah (Warisan), Terrence Siambun.

Beliau berkata demikian sebagai menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.

Iklan
Iklan

"Apa yang dia cakap ini? Sedangkan semua tindakan politik ini diatur oleh Musa untuk menggulingkan kerajaan negeri dengan sokongan daripada wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai sehingga memaksa Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak (mengambil keputusan ini).

"Sebenarnya, Mohd Shafie berulang kali meminta kepada semua orang termasuk Musa untuk berhenti berpolitik pada masa ini, sebaliknya bersatu dan membantu rakyat Sabah.

Iklan

"Ketua Menteri turut menyuarakan perkara ini di Parlimen beberapa hari lalu, tetapi apakah Musa dengar apa yang Mohd Shafie cakap?” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Musa, menerusi peguamnya sudah menyerahkan 33 Akuan Bersumpah (SD) dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Iklan

Susulan sokongan yang diperolehnya, beliau dipetik sebagai berkata, tiada sebab kukuh untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Menurutnya, tindakan pembubaran DUN atau pilihan raya hanyalah membuang masa, wang ketika pandemik Covid-19 masih melanda, yang berpotensi membahayakan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilihan raya tidak perlu: Musa Aman

Mengulas lanjut, Terrence berkata, dengan pembubaran DUN itu, biarlah rakyat Sabah memutuskan sendiri siapa yang harus diberikan mandat untuk mentadbir negeri ini.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengesahkan pada 10 Jun bahawa tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya umum kerana prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan diambil bagi membolehkan proses pilihan raya berjalan lancar.

"Rakyat Sabah harus memanfaatkan sepenuhnya PRN ini untuk menghukum wakil rakyat yang tidak layak, yang mengkhianati kepercayaan mereka,” katanya.