KUALA KRAI - Seorang lelaki warganegara China maut apabila teksi dinaiki terbabas di Kilometer 96 Jalan Kota Bharu - Gua Musang berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Laloh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Wu Huibo, 50, dari Guangdong, yang cedera parah pada kepala dan dada meninggal dunia di tempat.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian Wu Huibo seorang peniaga menaiki teksi dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.
"Apabila tiba di tempat kejadian pemandu teksi dipercayai memotong kenderaan di hadapannya, namun gagal berbuat demikian menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan menghala ke Gua Musang.
"Kemalangan itu menyebabkan penumpang maut manakala pemandu teksi berusia 63 tahun cedera pada bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)( A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa maut di tempat kejadian dari teksi manakala pemandu dikeluarkan orang awam.