RAGBI Asia membatalkan semua kejohanan kalender tahun ini anjuran badan induk ragbi Asia itu yang bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember depan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini masih belum menunjukkan pengurangan.
Menurut Presiden Ragbi Asia, Qais al Dhalai, keputusan diambil jawatankuasa eksekutif itu mengambil kira keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan komuniti ragbi di rantau Asia.