Pas sokong Pahang wajibkan tulisan jawi

Iklan
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas menyokong tindakan kerajaan Pahang yang mewajibkan tulisan jawi pada papan kenyataan dan premis perniagaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia satu usaha untuk mengembalikan martabat tulisan jawi sebagai salah satu teras kebudayaan negara.

Iklan
Iklan

"Banyak bangsa di dunia telah kehilangan tulisan, bahkan budaya dan adat resam mereka.

"Tindakan itu juga untuk mengukuhkan semula asas pembentukan negara Malaysia yang dibina atas permuafakatan menerima Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan budaya Melayu sebagai teras kebudayaan.

Iklan

"Sejarah membuktikan perjanjian utama sama ada di era penjajahan atau sebelumnya ditulis dalam tulisan jawi. Bahkan setiap pengisytiharan Majlis Raja-Raja, surat rasmi kerajaan dan mata wang juga ditulis dalam tulisan jawi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, sedikit demi sedikit tulisan jawi dipinggirkan daripada kehidupan masyarakat hari ini.

Iklan

Ujarnya lagi, Pas melahirkan kebimbangan itu sejak penyata Khir Johari sekitar 1960-an yang memansuhkan penggunaan tulisan jawi dalam sistem pendidikan negara.

"Namun mutakhir ini, usaha untuk memperkasakan semula tulisan jawi adalah tepat sebelum luput dan tidak dipedulikan lagi.

"Mereka yang menentang usaha ini adalah golongan yang lupa daratan dan buta sejarah pembentukan negara," katanya.

Justeru, kata Tuan Ibrahim, Pas menyeru agar semua negeri melaksanakan agenda pemerkasaan tulisan jawi seperti Pahang bermula di papan tanda premis dan jalan.