'PN ada potensi menang di Sabah'

Iklan
Mustapha

SHAH ALAM - UMNO mempunyai potensi besar memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jika menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, bagaimanapun soal kesepakatan dan sejauh mana kerjasama PN pada PRN Sabah masih menjadi persoalan kerana wujud beberapa isu berbangkit termasuk Bersatu Sabah semalam mengumumkan mahu bertanding di 45 kerusi DUN.

Iklan
Iklan

Katanya, pengumuman tanpa perbincangan itu menunjukkan keghairahan yang menjadi penyebab perpecahan berlaku.

"Sebab itu saya fikir jika pertandingan atas tiket PN dan pembahagian kerusi berlaku dengan teratur, peluang cerah untuk PN berkuasa di Sabah," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

Pada 30 Juai lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin telah memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya pertandingan atas tiket Muafakat Nasional (MN) iaitu BN dan Pas bersama sekutu parti Sabah, mungkin berdepan kesukaran kerana pengaruh Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu tidak boleh dinafikan.

Iklan

"Bagaimanapun melihat kepada keputusan PRK Kimanis, ia menampakkan rakyat Sabah mula menolak Warisan dan PH. Jika diterjemahkan, MN masih mempu merebut Sabah daripada Warisan tetapi tidaksemudah jika ia berlaku atas tiket PN.

"Walau apa pun kita perlu melihat kepada perkembangan semasa kerana politik Sabah ini unik dan terkenal dengan kisah wakil rakyat melompat parti," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Luar Negeri Filipina Teodoro Locsin Jr berhubung mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia dan adakah ia memberi kesan pada PRN akan datang, Mustapha berkata, isu tersebut mungkin akan berlarutan dan menjadi alat sepanjang kempen PRN.

"Pada saya isu ini merupakan isu lama dan tidak sepatutnya timbul. Ia berlegar sekitar 80-an sewaktu saya dalam Biro Antarabangsa Pemuda UMNO lagi. Kita sudah puas melayani isu ini dan ia sentiasa dihidupkan oleh pemimpin atau pihak dalam Sabah sendiri untuk dijadikan agenda politik.

"Jika ditanya saya adakah ia akan berlarutan sehingga kepada PRN Sabah ini, sudah pasti ada pihak akan menjadikannya isu tetapi rakyat Sabah sudah faham tentang isu ini dan tidak fikir ia akan menjadi masalah besar," katanya.