Perdana Menteri Kosovo positif Covid-19

Iklan
Avdullah Hoti

BELGRADE - Perdana Menteri republik Kosovo, Avdullah Hoti mengesahkan dirinya positif koronavirus (Covid-19) dan akan mengasingkan diri selama dua minggu, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya tidak mengalami simptom, kecuali batuk yang sangat ringan. Bermula malam ini, saya akan menghabiskan dua minggu untuk kuarantin diri.

Iklan
Iklan

"Saya akan melaksanakan tanggungjawab saya dari rumah,” kata Hoti dalam laman Facebooknya semalam.

Minggu lalu, Jurucakap Utama Kesatuan Eropah (EU) untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Peter Stano berkata, pertemuan baharu antara Perdana Menteri Kosovo dan Presiden Serbia Aleksandar Vucic dijangka berlangsung pada September.

Iklan

Sejak kejatuhan Yugoslavia, status Kosovo keras dipertikaikan antara Serbia dan penduduk Albania Muslim Kosovo.

Pada 1990-an, perjuangan bersenjata antara pemisah Albania dan Serbia mendorong NATO untuk melancarkan kempen ketenteraan menentang kumpulan yang terakhir.

Iklan

Pada 2008, Kosovo secara sepihak mengumumkan sendiri kemerdekaannya dari Serbia. Rusia, serta sebilangan besar negara Amerika Latin dan Asia, tidak mengakui republik yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri.

Dialog Belgrade-Pristina yang ditaja EU dibentuk pada tahun 2011 untuk memudahkan penyelesaian politik.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Pristina, sejumlah lebih 8,700 kes Covid-19 telah disahkan di Kosovo dan jumlah kematian Covid-19 di republik itu berjumlah 249.

Lebih daripada 240 kes baharu dan puluhan kematian baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Bernama