Menteri Luar Lubnan letak jawatan kerana visi negara kabur

Iklan
Visi yang kabur mengenai masa depan Lubnan antara punca Nassif Hitti letak jawatan Menteri Luar Lubnan.

BEIRUT - Menteri Luar Lubnan, Nassif Hitti menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Hassan Diab hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Hitti berkata, visi yang kabur mengenai masa depan Lubnan antara punca kepada pengunduran dirinya, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Iklan
Iklan

"Tiada kemahuan untuk melaksanakan struktur reformasi seperti diminta masyarakat antarabangsa," katanya.

Hitti menjelaskan, keputusan diambilnya itu bukan sesuatu yang mudah dan beliau tidak akan membiarkan prinsipnya semata-mata demi kedudukan.

Iklan

Terdahulu, media tempatan melaporkan Hitti mengunjungi Diab dan mengemukakan peletakan jawatannya tanpa membuat sebarang kenyataan.

Lubnan telah berunding dengan Dana Monetari Antarabangsa kemungkinan untuk mengakses dana asing bagi menyelamatkan negara daripada keruntuhan ekonomi.

Iklan

Tetapi kabinet sekarang gagal melaksanakan struktur reformasi yang diperlukan untuk mendapatkan dana diperlukan.- Bernama