Modenkan sektor agromakanan sebagai jaminan keselamatan makanan

Iklan
Ronald Kiandee - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) melakukan beberapa perancangan dari sudut sumber manusia, teknologi dan automasi bagi memodenkan sektor agromakanan untuk mencapai jaminan keselamatan makanan menjelang 2050.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, modul dan model pembelajaran pertanian pintar yang dirangka ditambaikbaik bagi menyediakan golongan belia tani masa depan melalui Latihan Flagship Program Agropreneur Muda.

Iklan
Iklan

Selain itu menurutnya, terdapat program latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk melahirkan pekerja mahir serta usahawan pertanian melalui penggunaan teknologi terkini melibatkan belia berumur 18 hingga 40 tahun.

"Meliputi program Sijil Pertanian dan Sijil Kemahiran Malaysia, Inkubator Usahawan Belia Tani Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan dan Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis).

Iklan

"Perancangan lain, pengintegrasian teknologi pertanian moden seperti penggunaan robot, penderia, pertanian tepat, penggunaan dron, pembangunan data pertanian, aplikasi berasaskan Internet of Things (loT), model kilang tanaman dan lain-lain.

"Pemberian insentif yang sesuai kepada petani seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi di bawah Agrobank bagi perolehan peralatan dan sistem mekanisasi dan automasi seperti jentera, traktor dan lain-lain," katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Iklan

Beliau menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai perancangan pihak kementerian dari sudut sumber manusia, teknologi automasi bagi memastikan jaminan keselamatan makanan menjelang 2050 tercapai.

Dalam soalan tambahan Ahmad Fahmi berkaitan peruntukkan RM1bilion diumumkan kerajaan pada 31 mac lalu, Ronald berkata, sebanyak RM350 juta diperuntukkan di bawah Agrobank untuk Skim Microkredit manakala RM40 juta untuk Mobiliti Pekerja dan Kebuniti, RM10 juta.

"Ini diharap dapat membantu pengeluaran makanan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin walaupun dalam pandemik Covid-19,” ujarnya.