Pembantu rumah jadi mangsa dera tiga beranak

Iklan
Seorang pembantu rumah warga Indonesia disyaki menjadi mangsa dera tiga beranak sehingga menyebabkan kecederaan. Gambar kecil: Anuar Othman

MANJUNG - Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa dera tiga beranak sehingga menyebabkan cuping telinganya hampir putus sejak tahun lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Pantai 2, Pantai Remis di sini Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, maklumat awal mendapati mangsa yang bekerja dengan majikannya, seorang wanita berusia 52 tahun sejak Ogos 2019.

"Mangsa dilaporkan tidak dibayar gaji sepanjang tempoh 11 bulan bekerja selain dikurung dalam rumah serta dipaksa bekerja setiap hari.

Iklan

"Mangsa juga dipukul oleh majikannya serta dua anaknya berusia 23 dan 17 tahun sehingga mangsa mengalami kecederaan kecil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, polis berjaya membuat tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek tersebut.

Iklan

"Kesemua suspek telah direman sehingga Khamis ini dan mangsa kini dihantar ke rumah perlindungan sementara menunggu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.