TDM buat latihan serentak di Sabah, Sarawak, Semenanjung Mac ini

Iklan
Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi bersalaman dengan pegawai Angkatan Tertera Malaysia ketika melakukan lawatan ke Kem Paradise Kota Belud, hari ini. - Foto Bernama

KOTA BELUD - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengadakan dua latihan secara serentak di Semenanjung, Sarawak dan Sabah pada Mac depan bagi menguji kesiapsiagaan pasukan berkenaan menghadapi sebarang ancaman terhadap pertahanan negara.

Panglima TDM Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata latihan berkenaan yang diadakan sempena sambutan Hari Tentara Darat bertujuan menilai keupayaa anggota dan aset yang dimiliki TDM pada masa kini.

Iklan
Iklan

"Latihan adalah sangat penting untuk kita meningkatkan keupayaan kerana melalui latihan berkenaan kita akan dapat mengetahui apa kelemahan dan kekurangan yang ada dalam pasukan kita, sebelum memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Markas Angkatan Petugas (AT) 450 Kem Paradise, dekat sini hari ini.

Ahmad Hasbullah berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan keupayaan pasukannya, namun masih ada perkara yang perlu dipertingkatkan demi kelangsungan tugasan dan tanggungjawab TDM.

Iklan

"Dalam proses melaksanakan tanggungjawab, kita memerlukan peralatan dan kelengkapan yang boleh membantu kejayaan perlaksanaan tugasan kita.

"Aset utama TDM adalah anggotanya oleh itu kita juga perlu mengambil berat aspek kesejahteraan para anggota agar mereka lebih bersemangat dalam menjalankan tugas," katanya.

Iklan

Katanya sekiranya kesejahteraan anggota tidak terjaga ia boleh menjejaskan kemantapan sistem pertahanan negara.

"Oleh itu saya akan cuba membantu sebaik mungkin termasuk menyuarakan segala kekurangan kepada pihak atasan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan ulungnya ke markas berkenaan beliau berkata ia bertujuan untuk melihat rancangan hadapan bagi penambahbaikan untuk keselesahan anggota dan keluarga yang bertugas di kem berkenaan.