MOSCOW - Penggodam mendapat akses ke dokumen rahsia mengenai perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-United Kingdom selepas berlaku pelanggaran keselamatan terhadap akaun e-mel peribadi bekas menteri perdagangan Britain, Liam Fox, lapor agensi berita Sputnik, memetik The Guardian.
"Apa yang memeranjatkan saya ialah menggunakan akaun e-mel peribadi untuk urusan perniagaan kerajaan yang sensitif. Ini merupakan pelanggaran keselamatan negara yang sangat serius dan merupakan satu kesalahan jenayah," kata anggota parlimen parti Buruh Chris Bryant.