Debat TH: Mujahid ulangi cabaran, tunggu respons Azeez

Iklan
Ciapan Mujahid di laman mikro Twitter miliknya.

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof masih menunggu respons bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai cabaran berdebat mengenai isu-isu berkaitan Tabung Haji.

Mujahid yang juga merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu meminta Abdul Azeez untuk berhubung segera dengan pihak Sinar Harian yang dipilih sebagai platform program berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya masih menanti Mantan Pengerusi TH DS Azeez Rahim untuk menerima cabaran debat saya dengan @sinarharianSH sebagai platform.

"Saya harap DS Azeez Rahim segera berhubung dengan Sinar untuk jawapan yang jelas dan jangan berlengah-lengah,” ciap Mujahid di Twitternya malam tadi.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Debat isu TH: Abdul Azeez sahut cabaran Mujahid

Mujahid setuju Sinar Harian jadi penganjur debat

Iklan

Sinar Harian sedia anjur debat Mujahid - Azeez

Sebelum ini, Abdul Azeez mencadangkan debat tersebut diberi tajuk ‘Tabung Haji: Di Mana Silapnya?’ diadakan pada 28 Julai lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Abdul Azeez turut menyarankan Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasional, Ayatullah Helme Mohd Hanafi dipilih menjadi moderator untuk perdebatan mereka pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Parit Buntar itu menolak cadangan Abdul Azeez dan mahu debat antara mereka berlangsung di platform yang disifatkan beliau lebih bebas seperti Sinar Harian.