Gerabak pertama tren MRT laluan SSP tiba di Malaysia

Iklan
MRT - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gerabak-gerabak pertama untuk dua set tren MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah tiba di Westport, Pelabuhan Klang semalam.

Menurut kenyataan MRT Corp, gerabak tersebut terdiri daripada empat gerabak motor yang merupakan dua gerabak penghujung tren, dan empat gerabak treler yang akan membentuk dua gerabak tengah.

Iklan
Iklan

Gerabak-gerabak tren itu tiba dari pelabuhan di Masan, Korea Selatan ke Westport dengan kapal 'MV Da Hua V.178' yang mengambil masa selama sebulan belayar di laut sejak 21 Disember lalu.

Dari Westport, gerabak-gerabak tren itu akan diangkut ke kilang pemasangan tren MRT di Rasa, Hulu Selangor, untuk dipasang menjadi tren.

Iklan

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, ketibaan gerabak-gerabak tren itu menandakan satu lagi pencapaian penting bagi pembinaan laluan SSP.

"Dengan tibanya gerabak-gerabak pertama untuk dua set tren, kami yakin dapat mengikut jadual ke arah menyiapkan projek ini pada tahun 2022.

Iklan

"Kemajuan projek kini ialah 41 peratus," katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, laluan SSP akan mempunyai 49 tren yang akan digunakan di jajaran ini apabila projek siap sepenuhnya pada Julai 2022.

Gerabak tren, bogi dan komponen-komponen utama tren yang lain akan dibuat di Changwon, Korea Selatan oleh Hyundai-Rotem Company.

Dua set tren sedang siap dipasang di Korea Selatan dan akan dihantar ke Malaysia lewat tahun ini, manakala baki 47 set tren, termasuk dua yang telah tiba, akan dihantar ke Malaysia secara berperingkat untuk dipasang di sini oleh Apex Communications. - Bernama