ABIM gesa bantuan pelitup muka kepada kurang mampu

Iklan
Dalam situasi ekonomi yang amat meruncing kini, ABIM menyifatkan terdapat banyak keperluan lain yang perlu diberi keutamaan oleh golongan tersebut.

KUALA LUMPUR - Penekanan perlu diberikan terhadap golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pelitup muka, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, jika tidak, tujuan penguatkuasaan undang-undang pelitup muka sebagai mekanisme mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19) akan dilihat gagal.

Iklan
Iklan

"Ini kerana berkemungkinan besar golongan yang tidak berkemampuan akan menggunakan semula pelitup muka pakai buang berkali-kali, yang akan mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ABIM amat prihatin dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tetapi ia dilihat boleh membebankan mereka yang kurang berkemampuan untuk memakai pelitup muka pakai buang yang standard setiap masa.

Iklan

Dalam situasi ekonomi yang amat meruncing kini, Muhammad Faisal berkata terdapat banyak keperluan lain yang perlu diberi keutamaan oleh golongan itu.

Menurut kenyataan itu, ABIM turut mengedarkan 2,000 keping pelitup muka kepada golongan B40 sekitar Lembah Klang sejak pengumuman kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam berkuat kuasa 1 Ogos lepas.

Iklan

ABIM juga menyeru masyarakat untuk turut mengambil inisiatif itu dan sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada organisasi berkenaan menerusi akaun Bank Islam 14-023-01-001117-7.

Selain itu, ABIM turut menyarankan kepada kerajaan untuk melihat isu tersebut lebih serius dengan menyediakan pelitup muka kitar semula kepada golongan B40 dan pelajar sekolah agar undang-undang yang ingin dikuatkuasakan berjalan lancar. - Bernama