KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Pengerusi, SPR Dr Azmi Sharom.
Azmi yang menjalankan tugas pengerusi SPR berkata, suruhanjaya itu masih belum dapat menetapkan tarikh mesyuarat itu buat masa ini kerana memerlukan sedikit masa memandangkan PRN Sabah membabitkan satu negeri dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).