Israel serang tentera Syria di Bukit Golan

Iklan
Gambar fail menunjukkan bendera Israel diletakkan pada bangkai sebuah kereta kebal di Bukit Golan yang bersempadanan dengan Syria pada tahun lalu. - Foto AFP

DAMSYIK - Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran ketenteraan Syria di selatan negara itu lewat semalam.

Serangan tersebut berlaku selepas rejim Zionis menghalang satu serangan dekat Bukit Golan yang dikuasai negara Yahudi itu.

Iklan
Iklan

Agensi berita yang dikendalikan kerajaan Syria, Sana berkata, beberapa helikopter Israel melancarkan roket ke atas kedudukan tentera negara tersebut dekat Quneitra tetapi hanya mengalami kerosakan material.

Ia turut melaporkan, pasukan pertahanan udara melakukan tindakan ketenteraan dekat dengan ibu kota Syria.

Iklan

Tentera Israel berkata, jet-jet pejuangnya menyerang beberapa buah helikopter dan pesawat pejuang lain selain menyerang kedudukan tentera Syria sebagai tindak balas kerana anggota-anggotanya cuba meletakkan bahan letupan di Bukit Golan.

"Sasaran serangan adalah termasuk pos-pos pemerhatian dan sistem pengumpulan perisikan, kemudahan artileri anti pesawat dan pangkalan sistem kawalan serta pemerintahan dalam SAF (Angkatan Bersenjata Syria)," kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Iklan

"Pihak IDF (Pasukan Pertahanan Israel) meletakkan tanggugjawab terhadap Syria berhubung semua aktiviti yang berlaku ke atas tanah airnya dan akan meneruskan operasi dengan keazaman menentang semua keganasan terhadap kedaulatan Israel," tambahnya.

Sejak tahun 2011, Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas Syria dengan menyasarkan tentera kerajaan dan pasukan Hezbollah selain berikrar akan menamatkan kehadiran tentera Iran di negara tersebut. - AFP