Pekerja asing berdiri di luar tingkap bangunan ditahan

Iklan
Gempar, lelaki warga asing berdiri di luar tingkap flat asramanya di The Leo.

SINGAPURA - Seorang pekerja asing yang bertindak berdiri di luar tingkap pada tengah malam di sebuah asrama di Kaki Bukit telah ditahan pihak berkuasa.

Tindakan lelaki berusia 27 tahun di asrama yang menempatkan pekerja asing itu sempat dirakam menerusi aplikasi TikTok milik Md Prince Khan berdurasi 1 minit, lapor mothership.sg.

Iklan
Iklan

Pada rakaman itu menunjukkan, lelaki berpakaian t-shirt dan kain pelikat dalam keadaan seperti tidak sedarkan diri, berdiri sendirian di luar tingkap.

Kedengaran rakan-rakan memanggilnya dan sempat menarik tangan kanan lelaki sebelum dia memusingkan badan ke arah mereka.

Iklan

Sebaik kedua tangan lelaki terbabit berjaya ditangkap kemas, lelaki itu ditarik masuk ke dalam bilik dengan bantuan rakan-rakan lain.

Setelah usaha menyelamat berjaya dilakukan, penghuni asrama bersorak kegembiraan.

Iklan

Video yang ditonton lebih 121,200 tontonan itu tular di laman sosial dan rata-rata warganet menyifatkan lelaki itu dipercayai cuba membunuh diri dan mengalami kemurungan.

Netizen dikenali Dhevarajan Devadas bersyukur lelaki tersebut berjaya diselamatkan.

"Saya rasa ini adalah peringatan dan kesedaran kepada masyarakat. Mereka (penghuni asrama) mungkin menghadapi masalah kesihatan mental yang serius dan memerlukan bantuan sokongan," katanya.

Perkara itu juga disokong oleh @becease dengan menjelaskan masalah kemurungan tidak boleh dibiarkan sebaliknya perlu diberi bantuan secepat mungkin.