Gerakan serah memorandum bantah terowong dasar laut

Iklan
Hen Chong (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Zahar di Komtar, Pulau Pinang hari ini.

GEORGETOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang menyerahkan memorandum bantahan projek kontroversi terowong dasar laut kepada Kerajaan Pulau Pinang, hari ini.

Memorandum bantahan yang ditandatangani lebih 1,000 orang itu diserahkan Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti Gerakan Pulau Pinang, Dr Kiew Hen Chong kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Heng Chong, pihaknya mula melancarkan petisyen secara online itu pada 9 Julai lalu bagi mengajak penduduk negeri ini menyatakan bantahan terhadap projek kontroversi terowong dasar laut menerusi laman sesawang http://chng.it/WgdTcddp.

"Inisiatif ini digerakkan Gerakan sebagai salah satu saluran kepada penduduk negeri ini dalam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap projek tersebut yang disifatkan tidak perlu dan pembaziran.

Iklan

"Usaha itu juga bagi mendesak Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan isu dan kontroversi melibatkan projek tersebut yang mencetuskan kebimbangan rakyat," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang bentuk pembangunan yang dirancang kerajaan negeri tetapi tidak boleh berkompromi dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.

Iklan

"Antara yang perlu dijawab kerajaan negeri adalah berkenaan laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama bernilai RM350 juta yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas.

"Apa yang menghairankan, pemaju telah mendapat keuntungan sebelum projek terowong itu dibina melalui pemberian tanah tambakan laut seluas 44 hektar yang bernilai RM2.8 bilion untuk membina projek perumahan," katanya.

Hen Chong berkata, projek terowong dasar laut jelas menimbulkan banyak persoalan meragukan termasuk dengan penarikan diri salah sebuah syarikat pemaju di bawah konsortium berkenaan.

"Projek ini sehingga kini langsung tidak ada perkembangan tetapi salah sebuah syarikat pemaju terlibat sudah menarik diri. Apakah nasib dan masa depan projek ini sebenarnya?" katanya.