Dua pesakit Orang Asli dibawa keluar naiki helikopter

Iklan
Unit udara JBPM memberi bantuan kepada Orang Asli.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dua penerbangan Medical Evacuation (Medevac) bagi membawa keluar pesakit Orang Asli di pos pedalaman.

Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, ketika Ops Murni mengeluarkan pelajar Orang Asli, pihaknya dimaklumkan mengenai penduduk dari Pos Bihai, jatuh sakit dan tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Katanya, pesakit terbabit, Rejek Asot, 30, dari Kampung Sau, Pos Bihai, pengsan akibat penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung.

"Seorang lagi bayi lelaki, Kal Ondika Jerie, 2, dari Kampung Manjul, Pos Balar, pula mengalami demam panas.

Iklan
Iklan

"Mereka dibawa keluar menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya.