Thailand beri amaran ambil tindakan terhadap Facebook

Iklan
Facebook - Foto Sumber Internet. Gambar kiri: Puttipong Punnakanta

BANGKOK - Kementerian Digital Thailand mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook kerana media sosial itu tidak mematuhi permintaan kerajaan supaya menyekat isi kandungan yang salah, lapor VNA.

Amaran itu dikeluarkan selepas sistem terjemahan automatik rangkaian sosial itu silap menterjemahkan mesej dalam penstriman langsung sempena ulang tahun kelahiran Raja Maha Vajiralongkorn, yang disiarkan penyiar Thailand minggu lalu.

Iklan
Iklan

Facebook sudah mengemukakan permohonan maaf dan menutup sementara sistem terjemahan automatik bahasa Inggeris ke bahasa Thailand.

Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand, Puttipong Punnakanta, berkata, Facebook tidak bertindak balas dengan cepat terhadap permintaan kerajaan Thailand untuk menyekat kandungan itu.

Iklan

Beliau berikrar akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat itu tanpa mengulas lanjut.

Undang-undang Thailand melarang penghinaan terhadap monarki. Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa meminta platform media sosial untuk mengehadkan atau memadamkan kandungan yang mempunyai unsur penghinaan terhadap institusi diraja dan kandungan tidak benar lain termasuk yang mengancam keselamatan negara dan melanggar hak cipta.

Iklan

Facebook berkata, pihaknya bertindak terhadap permintaan kerajaan Thailand sama seperti pemerintah negara lain. - Bernama