Bapa ditahan rogol anak kandung OKU

Iklan
Gambar Hiasan

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki tergamak merogol anak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran di kediaman mereka di Behrang Stesen di sini sejak Mac lalu.

Perbuatan terkutuk lelaki berusia 44 tahun itu disedari isterinya menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah tanpa pengetahuan suspek.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, mangsa berusia 21 tahun mengalami masalah pendengaran.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada bulan Mac dan terbaharu pada awal bulan ini. Perbuatan suspek telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang oleh ibu mangsa setelah mengesyaki sesuatu yang tidak baik dilakukan suaminya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, suspek kemudian ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada jam 12.30 malam tadi.

"Suspek direman selama enam hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Iklan

"Jika disabit kesalahan boleh di hukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara dan sebatan,” katanya.