Keikhlasan kerajaan Johor dipersoal

Iklan
Isa Ab Hamid

PONTIAN - Keikhlasan Kerajaan Negeri Johor yang diterajui seorang Menteri Besar daripada UMNO bagi menjaga parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN), kini dipersoalkan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pontian, Senator Datuk Isa Ab Hamid mendakwa, pucuk pimpinan kerajaan negeri dilihat bersendirian ketika menganjurkan program tanpa mempelawa pimpinan daripada Bersatu mahu pun Pas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau melihat banyak program di peringkat kerajaan negeri dan daerah seperti acara perasmian dan ibadah korban Aidiladha baru-baru ini hanya dihadiri pemimpin dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Di mana keikhlasan kerajaan negeri dalam menjaga hubungan dengan parti-parti dalam BN. Jelas tiada keikhlasan bila program tiada libatkan kepimpinan Bersatu dan Pas.

Iklan

"Saya berharap kerajaan negeri dapat melakukan tindakan lebih baik dengan makna yang lebih ikhlas," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Isa turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin parti yang lebih gemar membuat pengumuman di media berbanding mengadakan perbincangan terlebih dahulu mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Iklan

"Sepatutnya berbincang dulu, bukan buat pengumuman mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi. Ini kerana perkara itu boleh memecah belahkan kerjasama parti dalam PN.

"Di Sabah, agihan kerusi sepatutnya dibuat secara praktikal antara parti-parti. Namun bagi saya, perkara penting adalah memilih wakil rakyat yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara," katanya.