Moratorium bayaran balik pinjaman berjumlah RM62.8 bilion

Iklan
Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan sejak berkuat kuasa pada 1 April 2020 sehingga 24 Julai, 2020 dianggarkan berjumlah RM62.8 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, RM21.9 bilion telah dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala nilai yang dimanfaatkan oleh rakyat pula berjumlah RM40.8 bilion.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian menerusi Facebook semasa membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-15 mengenai Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) hari ini.

Moratorium pinjaman secara menyeluruh itu dijadualkan berakhir pada 30 September ini.

Iklan

Beliau berkata, pada 29 Julai lepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan moratorium selama tiga bulan lagi sehingga 31 Disember serta bantuan bank bersasar.

"Bantuan ini adalah berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan, iaitu individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, serta individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19,” katanya.

Iklan

Tengku Zafrul berkata, di samping itu, institusi perbankan juga telah memberikan komitmen untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana, sama ada peniaga, penjaja atau yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat Covid-19.

Beliau berkata, lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar itu diharapkan dapat membantu individu yang masih terkesan untuk keluar daripada krisis kewangan, menyokong perniagaan yang terjejas untuk meneruskan operasi dan seterusnya melonjakkan semula ekonomi negara.- Bernama