28 mati lemas, bas terhumban dalam terusan di India

Iklan
Kejadian itu berlaku di perkampungan Kanagana Maradi di daerah Mandya, kelmarin.
NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 28 penumpang kebanyakannya kanak-kanak mati lemas selepas bas dinaiki mereka terhumban ke dalam sebuah terusan di India, semalam.

Menurut polis, kesemua mayat mangsa telah dibawa keluar."Bas tersebut dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan di daerah Mandya di Karnataka. Kebanyakan mereka adalah budak yang pulang dari sekolah," kata jurucakap pihak berkuasa.

Polis tidak dapat memberikan jumlah sebenar penumpang dan punca nahas, namun ia percaya bas itu dipandu laju.

Rakaman stesen TV memaparkan penduduk setempat menggunakan tali untuk mengeluarkan mayat mangsa dari bas yang tenggelam di dalam terusan terbabit.

"Kebanyakan mangsa dilaporkan tidak dapat keluar dari bas berkenaan kerana pintu tersekat," lapor saluran berita NDTV. - Agensi