Trump desak China jual TikTok

Iklan
AS mendakwa aplikasi Tik Tok berisiko kepada keselamatan negara. - Foto: Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi tempoh enam minggu kepada aplikasi video pendek popular, TikTok untuk menjual operasi mereka.

"Ia perlu jadi milik di sini. Kami tidak mahu ada sebarang masalah dengan keselamatan,” ujarnya semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, syarikat perisian komputer gergasi, Microsoft sedang mengadakan rundingan untuk membeli TikTok yang mempunyai sehingga satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Difahamkan, Trump menetapkan tempoh akhir hingga 15 September depan kepada firma induk, ByteDance untuk mencapai perjanjian jual beli tersebut.

Iklan

Terdahulu, pegawai AS mendakwa aplikasi yang merakamkan video berdurasi 60 saat itu sebagai berisiko kepada keselamatan negara kerana ia boleh berkongsi jutaan data peribadi pengguna Amerika dengan risikan China.

Sementara itu, China dalam satu kenyataan balas menegaskan AS membuli mereka secara terang-terangan selepas Trump sengaja mencari isu untuk mencetuskan konflik baharu bagi meningkatkan tekanan kepada mereka.

Iklan

"Ia jelas bertentangan dengan prinsip tiada unsur diskriminasi, pasaran ekonomi, ketelusan dan keterbukaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),” ujar jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin. - AFP