Remaja 14 tahun terpedaya Love Scam, rugi RM295,950

Iklan
Seorang remaja lelaki menjadi mangsa Love Scam hingga kerugian hampir RM300,000.

KUANTAN - Seorang peniaga membuat laporan polis semalam mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa Love Scam hingga kerugian RM295,950.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, anak pengadu yang baru berusia 14 tahun berkenalan dengan seorang gadis melalui Facebook, sekitar Februari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkenalan antara anak pengadu dan suspek awalnya bermula dengan satu iklan penjualan telefon di Facebook dipercayai milik gadis yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis.

"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan tersebut.

Iklan

"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan anak pengadu sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui aplikasi WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas kira-kira empat bulan berkenalan, gadis itu meminta bantuan anak pengadu untuk meminjam wang dan permintaan itu dipenuhi.

Iklan

"Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, anak pengadu telah meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.

"Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, selepas mengentahui penipuan itu, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.

"Polis kini sedang mengesan seorang lelaki pemilik nombor akaun yang digunakan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,"katanya.