Tiga pekerja pengsan ketika cuci tangki minyak

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan pekerja yang pengsan ketika mencuci tangki lori minyak di Kawasan Perindustrian Labis awal pagi tadi.

SEGAMAT- Tiga pekerja ditemui pengsan semasa mencuci sisa minyak kapal dalam tangki sebuah lori di Kawasan Perindustrian Labis di sini awal pagi tadi.

Komandan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan II Hairisyah Wahid berkata, lapan anggota dan sebuah jentera FRT serta satu unit EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.51 pagi.

Iklan
Iklan

"Tiga orang pekerja terbabit melakukan kerja-kerja membersihkan sisa minyak di dalam sebuah tangki sebelum didapati pengsan.

"Mangsa ialah M Thanaraj, 25; M Jeeva, 31, dan M Manimaran, 35, dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan, namun mereka dilaporkan stabil," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Operasi ditamatkan pada jam 6.07 pagi.