Williams tandatangani kontrak dengan United sehingga 2024

Iklan
Williams - Foto Simon Cooper

PEMAIN Akademi Manchester United, Brandon Williams, 19, menandatangani kontrak baharu bersama skuad The Red Devils itu baru-baru ini dengan tempoh kontrak sehingga musim 2024.

Williams berkata, menandatangani kontrak baharu dengan United dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan untuk dirinya sendiri serta keluarga kerana telah berada di Akademi Manchester United berkenaan sejak berusia tujuh tahun.

Iklan
Iklan

"Saya bermula di akademi ini (United) pada usia tujuh tahun, dan saya kini berada dalam senarai pemain pasukan utama. Ia bagaikan satu mimpi yang akhirnya menjadi satu kenyataan.

"Ternyata segala kerja keras saya selam ini berbaloi dan saya rasa sungguh istimewa kerana akhirnya saya berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pemain dalam skuad utama The Red Devils," katanya.

Iklan

Untuk rekod Williams melakukan debut bersama United September lalu pada aksi berdepan Rochdale dalam saingan Piala Liga.

Berdasarkan aksi cemerlangnya, pemain pertahanan itu kemudiannya menandatangan kontrak lanjutan sehingga musim 2022.

Iklan

Bagaimanapun, Wiliams kemudiannya dianugerahkan kontrak sehingga 2024 dengan piilhan untuk kontrak lanjutan.

Sementara itu Williams berkata, dia banyak belajar belajar daripada pengurus, staf kejurulatihan, rakan-rakan sepasukan sebelum ini.

Justeru katanya, kini dia mahu membayarnya semula terhadap apa yang telah mereka berikan selama ini, terutamanya kepercayaan yang diberikan untuk beraksi bersama skuad utama United.

"Saya mahu membayar semula semua itu dan saya tahu saya akan melalui minggu 'besar' terutamanya bagi beraksi dalam saingan Liga Europa menggantikan rakan sepasukan Luke Shaw yang cedera," katanya.